Wednesday, April 22, 2009

ERA PENGUASAAN MOMOGUN RUNGUS

Rungsud = Nenek moyang suku Rungus. Rungsud adalah nama nenek moyang kami yang berasal dari Nunuk Ragang. Keturunannya akhirnya di sebut Rungus. Tanggungjawab dalam membuka utara borneo (membuka Bandau (mondou), Kirangavan, Toringai sehingga ke Koniung (morimbou) Kudat. yang akhirnya di tukar Konopuan Mogkorudu (kota marudu)

Aki Lzinggab - Penjaga laut cina selatan dan juga teluk bandau... seumur hidupnya. Selalu berperang dengan Mangazou dari laut. Aki Bwagu - Penjaga kawasan Pata, Andarason dan sampai di Badarag sikuati. Mempunyai sepucuk senapang pemberian semangatnya. Senapang yang ubatnya seperti disc dalam bentuk api warna biru..

Aki Kolzobon - penjaga laut bandau dan bertanggungjawab menghalau sariff Osman dari memeras ugut orang rungus-tombonuvo dan orang brunei. Aki Kolzobon menghancurkan pertahanan sarif osman dan memberikan amaran bahawa dia akan mati di tangan british kerana melawan semangat laut bandau. Aki kolzobon menetak tengkolok sarif osman dan mengatakan bahawa Sarif osman tidak akan terlepas di tangan british jika menjejakkan kaki di kudat... ini berlaku kerana balasan kpd sarif osman membunuh orang rungus di laut bandau. Akhirnya sarif lari ke pulau gaya.. tetapi dalam pelarian diri apabila di serang british sarif osman menggunakan kuda memasuki kawasan kudat dan akhirnya di kejang di Burul Lzumohing di kg Pukah (bukit kedua tertinggi di Matunggong). Sarif Osman kejang di atas bukit tersebut dan jatuh dari kuda... badannya di serang kekejangan saraf sehingga tak dapat jalan.. lalu di tangkap british dan di masukkan bom di buntut lalu di letupkan..

Kulindod / Kurunding= Dalam sejarah yg di tulis oleh British / di rujuk kembali oleh James Ongkili, Kurunding berbangsa Illanun tetapi Kulindod @ Kurunding adalah bangsa Rungus dan dalam buku yg di tulis dan terpampang di muzium sabah semua orang tahu pakaian yang di pakai oleh Kulindod adalah pakaian Bwadu pakaian lelaki Rungus. Bagaimana nama dia tertukar kepada illanun adalah di sebabkan apabila Kulindod berperang dengan British sehingga ke Inanam.. Pihak British membuat surat pekeliling untuk menangkap semua ahli keluarganya.. yang terdekat.. Jadi apabila british sampai di Kirangavan orang kampung mengatakan kepada pihak British yang Kulindod tiada keluarga. Kulindod itu kononnya adalah pelayar dan keluarganya tiada di kirangavan, jadi british bertanya kenapa dia tinggal di Kirangavan? Kulindod saja melawat kampung kirangavan untuk membuat padi bukit.
Manakala anak-anaknya ada yang di hantar ke matunggong dan ada lagi satu perempuan yang di hantar ke Pitas. Akhirnya identiti Kulindod yang tertulis adalah Illanun tetapi sebelum di hukum bunuh oleh british kulindod di ambil gambar...

Aki Tumanggung Karantud = di kenali orang british sebagai Raja terakhir Bangsa Rungus. Tumanggung menentang british kerana dalam upacara-upacara agama lzabus tidak perlu membuat permohonan orang british tetapi apabila Tumanggung Karantud membuat upcara MANAGAS dan di larang oleh british maka Tumanggung bangkit menentang british.. Sebab sebenarnya uapcara itu adalah satu upacara mengorbankan MANUSIA untuk menghidupkan bumi dan menghalau penyakit pada masa sama ia adalah satu pengyingkiran kuasa british kerana kudat sudah mula di cerobohi bukan saja british tetapi mizonvaig (orang laut) sudah mula berkuasa di kawasan kudat sejak kedatangan british... Akhirnya Tumanggung di tangkap dan di penjarakan.. apabila pentadbiran di pindahkan ke Sandakan (Elopura) tumanggung di bawa ke sana juga.

Saturday, April 18, 2009

Momogun Rungus

Taburan Penduduk Suku Kaum Momogun Rungus

Suku kaum Rungus yang lebih dikenali sebagai Momogun Rungus ini tertumpu di kawasan Kudat . Mereka mendiami bahagian selatan semenanjung Kudat dan wilayah tengah Melabong, Kudat, Sabah. Kudat berkhidmat sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir.

Daerah Kudat terletak di Utara negeri Sabah iaitu kira-kira 190 kilometer di utara Kota Kinabalu dan pernah menjadi Ibu Negeri bagi North Borneo ( Sabah ) dari 17 Disember 1881 hingga 1884. Di barat Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat terletak pada garis lintang 6°55'utara, garis bujur 116°50'timur.





Kudat

Kampung - Kampung di daerah Kudat.
( Klik pada imej untuk paparan yang lebih besar )

Nama Kudat berasal dari 2 lagenda tempatan iaitu " KUTAD " yang mempunyai pengertian ' Rumput Lalang " dari suku kaum terawal di daerah Kudat iaitu Rungus rumpun dari suku kaum Kadazan Dusun (asalnya Momogun tetapi atas kepentingan politik, Kadazan Dusun digunakan). Legenda kedua adalah dari suku kaum Benadan iaitu " Takudad Aku " yang membawa maksud " Terkejut Aku ".

Bahagian Kudat mempunyai tiga daerah iaitu Kudat, Pitas dan Kota Marudu. Jumlah penduduk Daerah Kudat pada tahun 2000 adalah 68,242 (Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000). Daripada jumlah ini, seramai 65 peratus adalah orang Rungus, dan selebihnya iaitu 35 peratus terdiri daripada Orang Sungei, Bajau, Suluk, Bugis, Banggi, Obian dan Cina. Ini bermakna populasi orang Rungus berada di daerah ini dengan jumlah seramai 44,358 orang mengikut bancian yang dilakukan pada tahun 2000.

Daerah Kudat dianggap sebagai petempatan asal orang Rungus, khususnya di daerah kecilnya yang bernama Matunggong. Di sekitar daerah kecil Matunggong, komuniti Rungus lebih cenderung untuk melihat diri sebagai Momogun (Ong 1994: 153),iaitu orang tanah sini, atau orang tempatan.

Wednesday, April 15, 2009

Asal-Usul Bangsa Momogun Rungus Sabah

Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan bangsa Momogun Rungus di Borneo. Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan mereka wujud dalam bentuk tradisi lisan yang disampaikan turun temurun hingga ke hari ini.Tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan bangsa Momogun Rungus yang menghuni pulau Borneo amnya. Nenek moyang bangsa Momogun Rungus di Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan awal mereka adalah berlaku di kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Lambat-laun, penempatan mereka mula tersebar ke kawasan-kawasan pedalaman. Andaian umum menyebut bahawa kumpulan yang terawal tersebar ke pedalaman adalah berlaku akibat daripada desakan kemunculan kumpulan pendatang baru sejak lebih kurang pada ke-15.


Pakar dalam bidang seni dan sejarah masih dalam proses mencari asal usul suku kaum Rungus.Menurut kajian yang dilakukan, kemungkinan besar orang Rungus berasal dari pedalaman Mongolia. Hal ini kerana terdapat persamaan antara seni budaya dan kehidupan orang-orang Mongolia dengan seni budaya orang Rungus di Sabah.Dipercayai terdapat sekumpulan manusia dari sekitar zaman Mesolotik atau Neolotik yang berimigrasi dari tanah asal. Pada zaman itu, lautan telah menjadi beku kerana iklim dunia yang sangat sejuk. Kumpulan nomad ini ialah nenek moyang Momogun Rungus yang mengembara sehingga tiba di kepulauan Borneo.

Masih ramai sarjana moden dari Barat enggan menerima sumber lisan penduduk pribumi sebagai sumber sejarah kerana dipercayai fakta-faktanya tidak sahih. Pegangan ini memang benar, namun sumber lisan itu memiliki nilai sejarah yang tinggi jika usaha mentafsirnya secara rasional dilakukan dengan baik. Kerap kali unsur mitos dan legenda diadunkan dalam cerita asal menyebabkan fikiran logik manusia enggan menerima dan mempercayainya. Tetapi fikiran yang rasional sentiasa menimbulkan persoalan untuk memberi pertimbangan terhadap kewujudan unsur-usur fantasia dalam tradisi lisan penduduk pribumi. Pendek kata, sumber lisan itu merupakan 'tulisan atau sumber maklumat' sejarah masyarakat primitif dahulu kala, dan hari ini menjadi khazanah yang amat bernilai namun mengalami proses kepupusannya dalam arus teknologi hari ini.

Menurut legenda yang diceritakan dari generasi ke generasi, kononnya bangsa Momogun Rungus(tamadun nunuk ragang) ini diasaskan oleh seorang usan-usan yang dianiaya oleh saudara-saudaranya kerana dia mempunyai pelbagai kemahiran. Dia pandai membuat perangkap haiwan dan membuat senjata-senjata yang mampu melindungi masyarakatnya ketika itu. Disebabkan kemahiran yang dimilikinya, dia dianiaya.Ini menyebabkan dia dihukum bersama isteri dan orang-orangnya yang setia dengan menghanyutkan mereka ke dalam lautan.

Kapal yang mereka naiki itu terdampar di kepulaun Borneo lalu mereka menuju ke Pampang Nabalu untuk tujuan keagamaan. Dia menggelarkan dirinya sebagai 'Usan-Usan' yang tiada keluarga kerana dia dianiaya oleh adik-beradiknya sendiri.

Selama mereka di situ, mereka terus dibangkitkan dengan semangat keagamaan berikutan penyembahan mereka kepada Lumaag Nabalu. Upacara keagamaan terus berkembang apabila mereka semakin ramai.Seorang tokoh agama yang mahir dalam hukum dan mewarisi adat istiadat dari Usan-Usan ialah Aki Bobolizan Gomburon. Disebabkan mereka semakin ramai, maka mereka merasakan bahawa adalah perlu hukum masyarakat diwartakan menurut peraturan si Usan-Usan.

Aki Bobolizan Gomburon menguatkuasakan Hukum Gomburon yang paling ketat iaitu kalau berzina akan dihanyutkan ke dalam air dengan memasukannya dalam bubu atau 'popok' bersama batu besar.Batu itu harus dipilih sendiri oleh si pesalah tersebut.Jika ada orang yang membunuh dengan sengaja,maka orang itu akan dihukum bunuh juga.

Peraturan ini terus diamalkan sehinggalah Aki Bobolizan Guraumanuk mendapat wahyu dari Lumaag Nabalu dengan menghapuskan Hukum Gomburon. Menurut wahyu tersebut,segala dosa dapat digantikan atau di bayar dengan memberi korban penebus salah iaitu "mangaraha" (korban sembelihan babi).
Segala dosa dapat dibayar dengan korban nyawa yang ditebus melalui pembayaran nyawa ternak. Tugas ini dilakukan oleh seorang "bobolizan" yang bermakna "tukang bayar hutang dosa dan orang tengah untuk memohon pengampunan dosa kepada Kinoringan". Itulah maksud Bobolizan yang berasal daripada perkataan "bwolzi = Beli ".Babi yang digunakan untuk membeli berkat atau membeli permohonan ampun kepada Kinoringan tidak boleh dipanggil babi (vogok, wogok).Ia harus dipanggil "BWOLZI". Bwolzi merujuk kepada peranan ternak tersebut dalam persembahan korban sebagai penebus atau pembeli semangat baru untuk pembayaran dosa.

Lalu bangsa momogun semakin ramai pada zaman ketuanya Aki Nunuk Ragang. Aki Nunuk Ragang adalah seorang bobolizan yang paling masyur dalam mengembangkan ajaran agama Pagan(labus). Sebelum Aki Nunuk Ragang meninggal dunia, Aki Bobolizan Guraumanuk telah mendapat satu mesej dari Lumaag Nabalu .Mesej ini adalah satu peraturan baru di mana ketiga-tiga anak lelaki Aki Nunuk Ragang harus berhijrah ke tempat lain kerana Lumaag Nabalu mengatakan bahawa semua sungai-sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu sehingga ke Laut adalah milik Momogun. Oleh itu, cucu-cicit Momogun harus memilih satu tempat yang tinggi iaitu bukit atau gunung paling tinggi di mana-mana daerah yang mereka tiba kelak. Semua sungai yang mengalir ke laut dari bukit tersebut adalah tempat yang disertai semangat Lumaag Nabalu dengan mengundangnya melalui satu upacara yang disebut "MOMURINAIT" (menyebut 7 nama semangat utama yang menjaga bangsa Momogun).

Ajaran Aki Bobolizan Guraumanuk ini dikembangkan oleh Aki Nunuk Ragang. Segala wasiat Aki Bobolizan Guraumanuk diwartakan oleh Aki Nunuk Ragang. Tiga orang anak lelaki Aki Nunuk Ragang ialah Aki Rungsud (nenek moyang orang Rungus), Aki Longuvai (nenek moyang orang Kadazan Penampang) dan Aki Turumpok (nenek moyang semua suku kaum Dusun).

Aki Nunuk Ragang menghantar anaknya Aki Rungsud (anak lelaki sulung) dan Aki Longuvai (anak lelaki kedua) ke pesisir pantai dengan menguasai Pompod Tana (Kudat, Kota Marudu dan Pitas) supaya tidak dicemari oleh pencerobohan pihak Mizonvaig (orang laut). Menurut mesej yang mereka dapat melalui "Rundukan" (didatangi oleh Lumaag dan berkata-kata dalam bahasa yang tidak dapat difahami) kawasan pertemuan rahat kotonobwon (laut di sebelah barat) dan rahat kosilzahon(laut di sebelah timur) mula dicerobohi oleh pihak luar. Maka Aki Nunuk Ragang membuat keputusan untuk menguasai seluruh kawasan pesisir pantai demi menjaga keselamatan penduduk. Oleh yang demikian, rombongan yang bertanggungjawab dalam mempertahankan pesisir pantai adalah Aki Rungsud dan Aki Longuvai.

Aki Turumpok sebagai anak bongsu lelaki adalah sebagai Tandon Tongkob (mewarisi tempat tinggal bapanya). Sebagai Tandon Tongkob,Aki Turumpok mewarisi rumah bapa mereka. Tandon Tongkob masih wujud dalam adat orang Rungus pada masa kini. Tandon Tongkob bermaksud "isi atau penghuni yang kekal melekat dalam bilik".Maka Aki Turumpok adalah pewaris Kg. Nunuk Ragang dan menjadi ketua di sana.

Tidak lama kemudian,Aki Nunuk Ragang meninggal dunia lalu dikuburkan berhampiran dengan sebuah danau yang dalam.Danau itu terletak di tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan.Menurut legenda setelah 40 hari Aki Nunuk Ragang dikebumikan, pada hari upacara "Mongupus" tumbuhlah sejenis pokok ara di tengah-tengah kubur Aki Nunuk Ragang. Pokok ara tersebut agak berlainan kerana ia berwarna merah dan jika daunnya tercalar pokok itu akan mengeluarkan darah manusia. Lalu orang-orang Aki Nunuk Ragang menyembah pokok tersebut dan menamakannya Nunuk Ragang kerana mereka percaya pokok itu merupakan jelmaan Aki Nunuk Ragang.


Sementara itu, Aki Rungsud berjaya menguasai Pompod Tana dan keturunan mereka disebut sebagai Momogun Rungus. Manakala Aki Longuvai semasa mereka hendak keluar dari Nunuk Ragang isterinya sedang sarat melahirkan anak lalu mereka akan menyusuli Aki Rungsud kemudian. Perjalanan Aki Rungsud akan ditandai dengan kukurungan (sangkar ayam).Hal ini kerana setiap puncak bukit yang dilalui oleh Aki Rungsud akan dikorbankan seekor ayam bagi mengundang penghulu semangat Borneo iaitu Lumaag sebagai pengistiharan kuasa terhadap wilayah yang mereka lalui.

Semasa Aki Longuvai menyusul abangnya, dia telah tersilap arah.Ini kerana pada satu jalan terdapat dua persimpangan yang menuju ke arah yang berlainan.Kukurungan yang ditandakan oleh Aki Rungsud pada arah jalan yang dilaluinya telah dialihkan oleh orang yang berhati busuk ke jalan yang satu lagi.Maka Aki Longuvai pun tersesat dalam perjalanan menyusuri Aki Rungsud sehingga mereka sampai ke kawasan Pinampang(Penampang). Mereka kekurangan bekalan makanan lalu mereka mengambil keputusan untuk membuat ladang bukit di sana.

Setelah sekian lama, mereka tidak sampai-sampai di Pompod Tana akhirnya Aki Rungsud mendapat tahu melalui Lumaag bahawa Aki Longuvai tersesat.Aki Rungsud mengarahkan orang suruhannya mencari Aki Longuvai lalu mereka menemui Aki Longuvai di Pinampang(Penampang).Orang suruhan Aki Rungsud menjemput Aki Longuvai menyertai misi di Pompod Tana tetapi Aki Longuvai menolak pelawaan itu.Ini kerana Aki Longuvai tidak bersedia untuk hidup dalam peperangan dan keadaan darurat yang dialami di sana. Untuk memenuhi permintaan bapa mereka,Aki Nunuk Ragang kodori (mendiang/arwah),Aki Longuvai berjanji akan menghantar anak sulungnya yang lahir semasa mereka hendak keluar dari Nunuk Ragang iaitu Aki Bulun. Aki Bulun tanpa ditemani sesiapa datang ke Pompod Tana apabila mencapai umur kira-kira 17 tahun. Aki Bulun membawa 7 ekor anjing kebal yang mampu menumpaskan harimau.

Dalam upacara pembahagian Pompod Tana, Aki Bulun dan Aki Rungsud membuat pembahagian kawasan dengan membahagikan sempadan melalui sejauh mana bunyi paluan gong Aki Rungsud.Maka, para handalan pun berkhemah di setiap puncak bukit di seluruh wilayah Pompod Tana ketika itu untuk mendengar bunyi paluan gong. Sehingga bunyi gong tidak didengar lagi,maka barulah dipacakkan sebilah lembing yang dinamakan Binorudan. Binorudan ialah lembing pahlawan pantai bersaiz pengayuh kapal layar yang sederhana besar saiznya.

Pada hari ini keturunan Aki Bulun dikenali sebagai Rungus Gonsomon yang menguasai pantai timur Kudat.Jika diperincikan lagi,bahasa Rungus Gonsomon hampir sama dengan bahasa Kadazan Penampang.Oleh kerana banyaknya dialek bahasa dalam etnik Kadazan Dusun, dipercayai bahasa asal yang digunakan sebelum perpisahan Aki Rungsud dan Aki Longuvai ialah Momogun Rungus.Disebabkan pihak penjajah terlebih dahulu menjajah kawasan tersebut, maka kawasan Penampang lebih awal mengecapi pembangunan dengan terbinanya kedai-kedai untuk kepentingan perniagaan penjajah ketika itu.Menurut cerita nenek moyang,'kedai-kedai' yang menjadi kawasan petempatan oarang-orang Aki Longuvai itulah asalnya mereka dikenali sebagai orang Kadazan.Dalam bahasa Rungus,'Kakadazan' merujuk kepada 'kedai-kedai'.Apabila orang-orang Aki Rungsud merujuk kepada orang-orang Aki Longuvai, mereka akan menggelar mereka sebagai 'tulun antad sid kakadazan' yang bermaksud orang-orang dari kawasan kedai (atau lebih maju).

Kawasan Nunuk Ragang setelah beberapa lamanya telah berpecah-belah kerana Aki Turumpok tidak mengambil tahu akan hukum-hukum agama Labus(Pagan). Aki Turumpok lebih cenderung dalam persaingan ilmu magik yang mangakibatkan kawasan Nunuk Ragang mendapat satu kopizo (petanda) buruk. Apa saja mereka lakukan akan menghasilkan perbalahan dan saling bermusuhan antara satu sama lain. Keadaan ini berakhir dengan serangan penyakit kerana upacara mamasi tidak di lakukan.

Monday, April 13, 2009

Mitos & Lagenda Nunuk Ragang

Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.





Diceritakan juga bahawa pada masa itu tempat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar, kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa. Ikuti kisah di bawah ini..

Kelahiran manusia

Pada suatu hari ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari makanan. Dengan tidak mena-mena terkeluarlah seorang anak muda yang kacak dari bawah tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus juga mengais-ngais dan mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula seorang gadis yang sangat jelita. Kedua-dua orang manusia itu diambil dan dipelihara oleh ayam jantan tersebut. Selang beberapa lama, maka kedua manusia itu pun dikahwinkan. Hasil perkahwinan itu lahirlah beberapa orang putera dan puteri. Keturunan mereka ini akhirnya beranak pinak dan berkembang biak pula, lalu mendiami kawasan yang pada mulanya tiada berorang itu. Lama kelamaan tempat itu menjadi semakin ramai penghuninya. Keturunan kedua manusia yang ditemui daripada knisan tanah oleh ayarn jantan itu disebut sebagai 'Orang-orang Nunuk Ragang' yang 'dipercayai' nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan sekarang ini.

Lelaki yang pertama muncul dari bawah tanah itu dilantik oleh ayam jantan sebagai penghulu di tempat itu. Dia memerintah dengan adil atas bantuan ayam jantan tersebut. Ayam jantan itu tinggal di pokok kayu ara merah tadi. Bersama-sama pokok kayu ara merah tersebut ayam jantan itu menjadi pelindung kepada manusia yang tinggal di situ. Tempat itu juga akhirnya dinamakan Nunuk Ragang mengambil sempena nama pokok kayu ara merah yang istimewa itu.Nunak Ragang dari hari ke hari kian bertambah maju dan penduduknya semakin ramai. Di sekitarnya terdapat beberapa batang anak sungai dan ini menjadikannya suatu kawasan pertanian yang subur dan lumayan. Sejak itu, hiduplah penduduk-penduduk Nunuk Ragang dalam suasana aman dan damai buat beberapa lama.

Ragang Tie

Menurut ceritanya, pada suatu masa Nunak Ragang telah 'diserang' dan diganggu oleh 'Ragang Tie' (tahi merah). Ragang Tie ini tidak dapat digambarkan keadaannya yang sebenar. Ia kelihatan seperti air yang mengalir apabila dilihat dari jauh dan kadang-kadang orang yang melihatnya seolah-olah seperti manusia sifatnya. Anehnya Ragang Tie itu telah membawa wabak penyakit kepada sesiapa yang tersentuh dan menyentuhnya, bahkan ia sering membawa maut. Di samping itu, Ragang Tie juga memusnahkan hasil-hasil tanaman dan membunuh binatang-binatang ternakan yang terkena padanya.

Oleh yang demikian, ramailah penduduk di situ yang menderita sakit dan mati, binatang ternakan dan tanaman pun turut musnah terkena wabak itu. Hal ini menjadikan orang-orang Nunuk Ragang berasa amat sedih dan bimbang. Akhirnya, ramai di antara mereka meninggalkan tempat itu dan berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat untak didiami. Dengan itu, berpecah dan 'bersepahlah' mereka ke serata daerah dan kawasan seperti yang terdapat pada masa ini.

Kehadiran Orang Bawah Tanah

Pada suatu masa yang lain, tibalah musim menanam padi bagi penduduk Nunuk Ragang. Pada suatu hari, sedang orang-orang kampung itu sibuk menugal padi di huma mereka terdengar suara manusia lain memanggil dan datangnya dari bawah tanah pula. Orang-orang Nunak Ragang berasa hairan bercampur takut, lalu mereka mengadukan kejadian itu pada penghulu mereka. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat, lalu mereka mengorek tanah dari mana terdengarnya suara memanggil itu. Apabila dikorek, maka terbukalah sebuah lubang bawah tanah yang besar. Di dalamnya penuh sesak dengan manusia yang kelihatannya bengis-bengis belaka.

Orang-orang Nunuk Ragang menjadi bertambah takut lebih-lebih lagi apabila mendengar suara percakapan manusia bawah tanah itu sangat kuat dan kasar. Kemudian ketua manusia bawah tanah pun berkata dengan suara yang amat kuat macam halilintar, katanya, "Terima kasih tuan-tuan ......kerana melepaskan kami dan tempat ini sungguh baik rasanya untuk kami kerana kami sudah lama berkurung di bawah tanah. Sekarang kami mahu tinggal di sini pula. Kamu mestilah pergi dari sini kalau tidak kami akan musnahkan kamu semua!........."

Mendengar amaran manusia dari bawah tanah itu, maka orang Nunuk Ragang pun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Peristiwa ini juga menyebabkan orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asal mereka, lalu mendiami daerah-daerah lain di Sabah. Dua peristiwa di atas adalah daripada dua cerita yang berlainan yang menyatakan sebab orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asalnya.

Kumpulan manusia dari bawah tanah itu pun mendiami kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Nunuk Ragang. Namun begitu, manusia bawah tanah masih percaya bahawa ayam sakti dan penghulu orang Nunuk Ragang masih ada. Mereka akan membalas dendam terhadap mereka bila-bila rnasa, jadi manusia bawah tanah terus berazam untuk menghapuskan kedua-duanya yang dianggap sebagai musuh mereka. Orang-orang Nunuk Ragang bersama penghulu dan ayam jantan saktinya sentiasa diburu oleh manusia bawah tanah itu.

Setelah beberapa lama manusia bawah tanah masih juga tidak berjaya menghapuskan penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Akhirnya manusia bawah tanah itu pun tinggal menetap di sekitar kawasan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai orang Tampias, mereka terdapat di kawasan-kawasan perkampungan di daerah Labuk Sugut, Sandakan. Diceritakan orang juga bahawa orang-orang Tampias itu hingga ke hari ini tidak begitu berbaik-baik dengan orang-orang Dusun/Kadazan yang berasal daripada orang-orang Nunuk Ragang.

Manusia bawah tanah itu menurut ceritanya adalah manusia biasa tetapi telah disumpah oleh dewa tanah kerana terlalu banyak membuat kerosakan di muka bumi lalu mereka dihantar mendiami kawasan lubang yang besar di bawah tanah. Di sanalah mereka hidup dan beranak-pinak beberapa lama sehingga mereka dikeluarkan oleh orang Nunuk Ragang.

Perpindahan Suku Kaum Kadazan/Dusun ke Merata Tempat

Perasaan marah dan dendam manusia bawah tanah tidak habis-habis terhadap penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Perkara ini membuatkan ayam jantan sakti menerbangkan penghulu tersebut jauh ke suatu kawasan pergunungan yang sekarang ini dikenali sebagai Ranau. Dengan kuasa sakti ayam jantan tersebut, ia meratakan tanah yang berlumpur itu dengan kaki dan kepakuya, menguis-nguiskannya sehingga tempat itu menjadi rata untak didiami. Oleh kerana kawasan itu berlumpur dan mengambil sempena keadaan asalnya, maka tempat itu pun dinamakan 'Ranau' yang bermaksud 'lumpur' dalam bahasa Dusun/Kadazan.

Setelah tanah di situ diratakan, maka orang-orang yang mengikut penghulu berpindah itu pun terus membuka tempat kediaman di situ. Mereka menumpukan kegiatan dengan bercucuk tanam dan memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik dan babi.

Adapun manusia bawah tanah tadi masih terus berasa tidak senang dan khuatir kalau-kalau orang-orang Nunuk Ragang datang menuntut bela dan menyerang mereka. Lalu orang dari bawah tanah menyiasat dan akhirnya mereka mendapat tahu bahawa orang-orang Nunuk Ragang berada di Ranau. Maka, mereka pun bergerak pula ke sana untuk membinasakan orang-orang Nunuk Ragang ini. Kedatangan manusia bawah tanah ini telah dapat dikesan oleh ayam jantan sakti, lalu sebelum sempat mereka tiba ke Ranau, ayam jantan sakti telah pun menerbangkan penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain bersama pengikutnya dan tempat itu kemudiannya dikenali sebagai Tambunan.

Di tempat baru itu seperti juga sebelumnya ayan jantan sakti tadi membantu penghulunya dengan menguis-nguis dan meratakan tanah untuk dijadikan kawasan tempat tinggal orang-orang Nunuk Ragang. Hal ini diketahui juga akhirnya oleh manusia dari bawah tanah dan mereka menjadi semakin marah terhadap orang Nunuk Ragang, lebih-lebih lagi terhadap ayam jantan sakti itu dan mereka terus berazam untak menghapuskannya.

Seperti kebiasaan perangai ayam jantan setiap pagi ia akan berkokok, begitu juga ayam jantan sakti ini. Bunyi kokokannya pula amat kuat hingga terdengar ke Ranau dan tempat-tempat lain yang agak jauh dari tempatnya berkokok itu. Menurut ceritanya, bunyi kokokan ayam jantan inilah yang membolehkan manusia dari bawah tanah itu menjejak kedudukan ayam tersebut dan penghulu Nunuk Ragang. Lalu kumpulan manusia dari bawah tanah itu bergerak pula ke Tambunan. Seperti dahulu juga ayam jantan sakti itu telah mengetahui kedatangan mereka lebih awal dan terus menerbangkan penghulu itu ke satu tempat lain bernama Apin-apin. Di situ mereka membuka pula tempat kediaman yang baru.

Oleh kerana manusia dari bawah tanah tadi hanya mendendami penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya sahaja, maka hanya sebahagian sahaja manusia bawah tanah yang ikut memburunya. Sementara yang lainnya terus tinggal menetap di tempat-tempat yang telah dibuka oleh ayam jantan dan orang-orang Nunuk Ragang itu.

Disebabkan penghulu Nunuk Ragang tidak lama mendiami Tambunan kemudian terpaksa berpindah ke Apin-apin, maka dia melantik seorang penolongnya yang bernama 'Gombunan' sebagai ketua orang-orang Nunuk Ragang yang menetap di situ. Maka nama Tambunan adalah mengambil sempena nama ketua mereka yang dilantik oleh penghulu tadi. Lagipun tempat baru (Tambunan) itu belum mendapat namanya lagi pada ketika itu.

Di Apin-apin, seperti tempat-tempat lain yang dibukanya sebelum itu, penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya tidak dapat tinggal lama kerana manusia dari bawah tanah terus mengesannya. Seperti biasa, ayam jantan sakti tadi menerbangkan pula penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain yang lebih jauh di kawasan pedalaman yang kemudiannya disebut sebagai Keningau. Seperti selalunya ayam jantan itu meratakan kawasan tersebut untuk dibuat tempat kediaman. Di tempat tersebut ketika itu banyak terdapat pokok 'kayu manis', maka tempat itu lalu dinamakan 'Keningau' dalam bahasa Dusun/ Kadazan yang bererti 'kayu manis'.

Kematian Penghulu & Ayam Jantan Sakti

Tidak berapa lama di Keningau ayam jantan sakti itu pun jatuh sakit dan terus menemui ajalnya kerana sudah tua lalu ditanamkan di suatu tempat di situ. Selang tidak berapa lama kemudian, penghulu Nunuk Ragang pula menghembuskan nafas juga kerana penyakit tua. Dengan kematian kedua-dua makhluk yang sentiasa diburu oleh manusia dari bawah tanah itu, maka mereka pun berhentilah memburu dan memusuhi orang-orang Nunuk Ragang.

Kematian ayam jantan sakti dan penghulu orang-orang Nunuk Ragang itu menyebabkan orang-orangnya merasakan sesuatu yang berharga telah hilang daripada mereka. Ini merupakan satu kehilangan yang amat besar buat mereka. Sesungguhnya ayam jantan sakti amat banyak jasanya kepada suku kaum Momogun dalam membuka beberapa kawasan tempat kediaman mereka. Jika diperhatikan, (malah hingga ke hari ini) kebanyakan tempat yang didiami oleh orang-orang Momogun ( Dusun/Kadazan) adalah di kawasan bukit dan pergunungan yang seakan-akan telah diratakan. Orang-orang Momogun khususnya kaum Rungus mempercayai akan kisah ini.

Pokok Nunuk Ragang yang ditinggalkan oleh orang-orang Momogun berdekatan dengan danau itu dikatakan telah ditebang dan dimusnahkan oleh manusia dari bawah tanah yang dipercayai sekarang ini sebagai nenek moyang orang Tampias di Sabah.

Menurut legenda Momogun Rungus kalau Dusun Ranau, Tambunan, Kota Belud (dahulu bahasa dusun kami panggil bahasa momogun sinandapak) ini dari keturunan Adik RUngsud iaitu Turumpok.

Bahasa Momogun Sinandapak ialah berkaitan dengan sebutan contohnya RUngus sebut VALZAI (rumah) dusun sebut WALAI. Rungus sebut Mulzau (gila) tetapi dusun sebutnya mulau.

Keturunan Aki Turumpok ini adalah yang terakhir meninggalkan Nunuk Ragang apabila di serang penyakit wabak..

Rungsud (RUngus) dan Lzongguvai (kadazan penampang) adalah rombongan pertama meninggalkan Nunuk Ragang berdasarkan satu KOPIZO (petanda) yang di ramalkan oleh Bobohizan Guraumanuk. Kopizo tersebut ialah berdasarkan kepada satu kejadian "Koniu dan Mangkahak". Ini bagi kebanyakan Rungus Pilzapazan macam saya tahu ttg cerita ini.. (Rungus Pilzapazan salah satu suku dalam Momogun Rungus (kawasan matunggong).

KONIU DAN MANGKAHAK ini adalah satu simbolik ttg masa depan peribadi Aki Rungsud yang membawa makna:

1). KONIU (HELANG) membawa makna (kopizo) bahawa keturunan Rungsud nanti akan bertambah ramai (MISOSONDIU OT LZUMOHING = melambangkan ramainya orang tua-tua yg sihat-sihat dan berkemampuan dalam memimpin) dan mereka hidup seperti helang yang menjaga pesisiran pantai dengan keberanian.

2). MANGKAHAK (sejenis burung) (MIAHAK-AHAK no ot ONGO ANAK SUNI VAGU) membawa kopizo tentang generasi muda-mudi demikian banyakknya dan bersatu padu untuk meneruskan harapan nenek moyang bagi menjaga daratan di pesisir pantai bagi Lzumaag (semangat gunung kinabalu).

Melalui KOPIZO ttg KONIU dan MANGKAHAK inilah RUNGSUD (rungus) bersama LONGGUVAI (kadazan penampang) keluar dari Nunuk Ragang.

Melalui sejarah pemergian mereka ini maka Rungus membuat peraturan baru ttg beberapa hal iaitu -> terhasillah upacara pengkebumian bagi orang rungus yang mati dengan menetukan kepala di sebelah timur dan kaki di ssebelah barat. Keranda mereka harus dalam bentuk rupa PERAHU atau PANGKI (macam rupa helikopter) di ukir lambang orang dan burung MAMBAZANGAN atau HELANG yg membawa maksud apabila roh jalan menuju ke Gunung Kinabalu mereka akan di pimpin oleh helang atau Mambazangan.
Dengan itu apabila orang rungus mati mereka bersama-sam,a dengan nenek leluhur mereka.

Melalui Kopizo tersebut juga maka Aki Rungsud menghilangkan 2 perkataan dalam kamus bahasa Momogun Rungus iaitu perkataan MEMINTA MAAF dan TERIMA KASIH. Kedua-dua perkataan ini melalui satu upacara pelupusan KAVANUSAN di hilangkan. Ini bermakna seorang keturunan Rungsud sama sekali tidak boleh membuat kesilapan sehingga perlu MEMINTA MAAF. Dan seorang keturunan Rungus tidak boleh berterima kasih atas sebab seseorang yang jujur tetap akan hidup dan yang tak jujur secara semulajadi akan terkutuk hidupnya sendiri oleh semangat Lzumaag.

Ini berlaku kerana tugas mereka ialah memenuhi hukum AGAMA LZABUS yang di wartakan oleh Aki Guraumanuk.

Pada masa Aki Rungsud dan Aki Lzongguvai memulakan pengembaraan ke tavara (utara) menurut kopizo Lzumaag. Tidak di pastikan kenapa Aki Rungsud memilih menuju ke tavara aa beberapa kemungkinan iaitu nenek moyang mereka pernah melalui kawasan itu.

Apabila sampai masa perjalanan isteri Aki Lzongguvai bersalin utk anak pertama... jadi hanya Aki Rungsud dengan pengkut2nya saja yg jalan terdahulu. Mereka membawa ayam yg banyak utk digunakan bagi membuat korban di setiap puncak bukit yang mereka singgah..bagi tujuan mengundang lzumaag menguasai perjalanan mereka. tanda utk aki lzongguvai menyusuri rungsud ialah sangkar ayam yg akan di gantungkan di atas kayu tinggi.. dan itulah tandanya laluan perjalanan aki rungsud.

Setelah sekian lama maka sampailah juga aki rungsud di kawasan bandau... kawasan bandau di berikan nama bandau yg bermakna (MONDOU). nama ini di berikan kerana apanila aki rungsud meninjau hutan tebal di kawasan tersebut mulai dari kawasan dataran sehingga ke bukit2.. kononnya aki rungsud terjumpa sejenis haiwan yang mempunyai api di mulut (duvarung/gugumorung).. haiwan tersebut menyerang aki rungsud.. pertarungan berlaku dan gugumorung tersebut tidak mengalah sampai mendekat hari subuh.. akhirnya melalui pertolongan kinoringan lzumaag seekor haiwan yg di panggil MONDOU di utus oleh Lzumaag utk menghalau gugumorung tersebut... Menurut kepercayaan agama lzabus, MONDOU adalah RAJA SEGALA HAIWAN DI HUTAN.. apabila MONDOU berbunyi maka duvarung tersebut melarikan diri... maka kawasan itu di namakan oleh Aki Rungsud sebagai MONDOU yang akhrnya di kenali sebagai BANDAU. BANDAU ini pula bertukar kepada KONOPUAN MOGKORUDU apabila berlaku perselisihan antara Rungus Pilzapazan dan Rungus Bandau + Tombonuvo. dalam perselisihan itu maka berlakulah perang secara angkasa diantara RUNGUS BANDAU bersama Tombonuvo berlawan ilmu hitam dengan orang Rungus Matunggong dan Kudat. Dalam persaingan kekuatan ilmu sihir itu maka akhirnya apabila keadaan tidak terkawal lagi maka mereka meminta agar ketua Bobolzizan yang bertugas menjalankan uapcara Managas (upacara mengorbankan manusia sebagai persembahan korban) utk menghentikan perselisihan tersebut secara adat. Maka orang-orang rungus matunggong akur ttg gesaan tersebut namun serangan Sindaat terus di lancarkan oleh orang rungus bandau dan tombonuvo.

Di sebabkan kemungkaran itu maka akhirnya Aki Sook (ketua bobolizan rinovusan yg bertanggungjawab dalam upacara managas) memutarkan kegunaan SUKANG PAMASI POMOGUNAN dengan menerbalikkan peranan sebagai SINDAAT. Melalui upacara MONGIZAU SINDAAT itu maka Aki Sook membuat satu sindaat baru yg di namakannya sebagai SINDAAT MOGKORUDU. Dalam sumpahan ini sesiapa saja yg menangisi mangsa sindaat di bandau akan mati serta merta termasuk tanaman dan haiwan ternak akan mati sekali. Maka bermulalah kuasa sindaat tersebut sehingga akhirnya konopuan bandau di kosongkan kerana ada saja yg menangis akan terkena sindaat tersebut. Rungus BANDAU dan TOMBONUVO pergi naik ke kawasan TUPAK (Bengkoka dan sehingga ke Paitan/Beluran). Ini kerana di kawasan tersebut melintasi zon sumpahan Aki Sook. Maka akhirnya bandau di panggil KONOPUAN MOGKORUDU yang mana pada hari ini kita kenalinya sebagai KOTA MARUDU. BANDAU kosong selama beberapa lamanya sehinggalah Sahrif Osman membuka kawasan tersebut.
Kembali kepada cerita Aki Lzongguvai.. apabila keadaannya mengizinkan.. maka akhirnya mereka menyusuri perjalanan aki rungsud. Tetapi tanda sangkar ayam tersebut sudah di pindahkan orang (menurut cerita orang yg memindahkannya adalah orang yang kurang siuman).

Jadi akhirnya aki lzongguvai tersesat ke tempat lain di kawasan penampang. Aki rungsud melalui maklumat bobilzizan mengetahui perkara ini dan beberapa orang di kerahkan utk menjejaki aki lzongguvai. Mereka menemui aki lzongguvai di satu kawasan pada musim kokotuai. Mereka mengajak aki lzongguvai utk pergi ke pompod tana tavara tetapi aki lzongguvai bertukar fikiran. Dia hendak membuat petempatannya di kawasan tersebut (pada hari ini tempat itu adalah kawasan penampang). Sungguhpun aki lozongguvai tidak ikut ke tavara tetapi dalam adat agama lzabus perbuatan itu harus di bayar korbannya kerana kawasan aki lozongguvai sudah di sediakan di pompod tanah dan harsu diisi oleh keturunannya. Melalui upacara korban memutuskan bahawa aki lozngguvai itu maka dia harus menyerahkan anak sulungnya yang lahir di Nunuk Ragang sebagai gantinya. Maka anak pertama mereka yang lahir sebelum perjalanan keluar dari nunuk ragang harus pergi ke pompod tana (kudat) sebagai mengisi perjanjian antara lzumaag.

Anak sulung aki lzongguvai dinamai sebagai Bulzun (BULUN. Aki Bulzun datang ke kudat pada sekitar umur 17 tahun bersama dengan 5 ekor anjing kebal. Aki Bulzun menurut cerita seorang yang berambut panjang. Dia datang ke bandau untuk menunaikan adat bangsa momogun.
Maka aki bulzun di sambut oleh pak ciknya aki rungsud. Aki Rungsud membuat satu upacara pembahagian kawasan yang diadakan di KIRANGAVAN Kota marudu. Di kawasan tersebut diadakan satu upacara PALUAN GONG untuk pentahbisan seluruh kawasan tavara sebagai kawasan Momogun seperti mana perintah Kinoringan Lzumaag. Upacara itu di akhri dengan pembahagian kawasan. Cara pembahagian kawasan itu di lakukan dengan memalu gong KUMANIS milik RUNGSUD. Gong tersebut akan di palu selama 7 hari dan 7 malam dan seluruh mana-mana kawasan yang bunyi gong tersebut masih kedengaran adalah merupakan tanah milik aki rungsud.

Akhirnya sempadan di tentukan dengan memacakkan sejenis LEMBING yang di panggil BINORUDAN (lembing pahlawan yang bersaiz lebar pengayuh perahu). Sempadan itu sehingga hari ini di kenali sebagai BURUL BORUD yg terletak di kg Tambuluran Kudat.

maka aki BULZUN berkawin dengan sumuni (gadis sunti) bernama SINONDIHON. Aki Bulzun adalah anak aki lzongguvai. Aki lzongguvai adalah adik aki rungsud.

Keturunan aki Bulzun pada hari ini ialah di kenali sebagai Rungus Gonsomon
Sebenarnya Aki Rungsud adalah anak sulung, Aki Lzongguvai adalah anak lelaki kedua dan Aki Turompok (Monumpok) adalah adik lelaki ketiga.

Aki Turumpok pada hari ini adalah merupakan RURUNGAN suku Dusun Tambunan, Ranau, Kota belud dan sebagainya. Turumpok tidak di bernarkan meninggalkan kawasan Nunuk Ragang kerana menurut adat dia adalah TANDON TONGKOB. Adat ini masih lagi digunakan oleh suku momogun rungus sehingga pada hari ini. TANDON TONGKOB bermakna (anak yang harus mewarisi kawasan ibubapanya atau mewarisi rumah bapanya.)

Adat ini masih subur dalam suku momogun rungus. manakala bagi orang rungus yang sudah meninggalkan kawasan Nunuk Ragang maka mereka tetap akan KEMBALI DI GUNUNG KINABALU selepas meninggal dunia. Menurut kepercayaan mereka apabila mereka meninggal maka HATOD orang rungus akan bangkit dan akan di pimpin oleh burung TAMBAZANGAN atau KONIU utk menuju ke Gunung Kinabalu. Inilah pengorbanan dan kepercayaan mereka. Untuk menganuti agama lzabus maka mereka harus keluar dari Nunuk Ragang utk menjaga kawasan pesisir pantai dan setia pbukit2 harus diadakan korban bagi MONGOLZIGOU semangat lzumaag agar tetap menjaga momogun.

Agama Lzabus menjadi penuntun hidup mereka selama ribuan tahun di pesisir pantai bagi menjaga daratan kerana itulah wasiat nenek moyang mereka iaitu perlindungan lzumaag mengalir dari atas bukt melalui korban dan dibawa ombak sampai ke eberang lautan.

.